BERITA UTAMA


Berita Utama PPBM

Sumber Malaysiakini
19/10/2017

Muhyiddin ragui semua janji Bajet 2018 ditunaikan

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan keraguannya terhadap janji-janji Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan belanjawan negara pada Jumaat lalu. Kata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu peruntukan yang dinyatakan perdana menteri dalam Bajet 2018 tidak disalurkan sekali gus. "Ini bajet pilihan raya.

"Seperti yang saya sudah terangkan, tak semua peruntukan akan dapat dikeluarkan," katanya semasa menyertai sebuah forum di Puutrajaya malam tadi. Menurut Muhyiddin peruntukan itu akan dikeluarkan berperingkat sehinggalah pilihan raya umum (PRU) tiba. Namun bekas timbalan Najib dalam kerajaan dan Umno itu menjelaskan apabila PRU berakhir belum tentu ia akan disalurkan seperti dijanji. "Dia (Najib) akan keluarkan fasa pertama. Jadi apabila pilihan raya tiba, mana-mana tanggungan yang sudah dijanji untuk selesaikan, dia akan keluarkan. "Selepas itu dia akan tunggu selepas pilihan raya ke, atau pun mungkin tak pilihan raya langsung," katanya.

Justeru kata Muhyiddin kemungkinan-kemungkinan seperti itulah yang perlu difikirkan rakyat untuk menanggapi pembentangan belanjawan oleh Najib. Katanya orang ramai tidak boleh mudah percaya atau "terpedaya" dengan kenyataan perdana menteri yang dianggap beliau sebagai "gula-gula". "Saya yakin sebahagian besarnya tak dapat disempurnakan," katanya.

Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/399931#IPzMuTo2aXVuTUKH.99