Flat Pricing Tables Design Widget Template :: w3layouts




DANA PPBM PRU14

Saudara/Saudari yang dihormati,

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah melancarkan TABUNG DERMA/ KUTIPAN SUMBANGAN bermula pada 14 FEBRUARI 2018. Kami amat terharu dan kagum dengan semangat dan komitmen rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan kepada PPBM untuk menentang rejim kleptokrasi Najib dan mahukan perubahan.

Sumbangan anda amat kami hargai dan kami amat berterima kasih kepada setiap sen yang kami perolehi. Sebagai sebuah parti yang baru dan tidak mempunyai dana, kami sedar jalan untuk mencapai kemenangan menjatuhkan rejim Najib ini adalah amat sukar dan sengit. Yang ada pada kami hanyalah semangat juang yang kental demi memperjuangkan hak rakyat yang semakin tersepit kerana menanggung beban cukai GST dan kos hidup yang semakin tinggi.

Parlimen telah dibubarkan pada 7 April 2018. Oleh itu PPBM melancarkan pungutan sumbangan khas untuk tujuan perbelanjaan pilihanraya sahaja. Talian ini akan dibuka hanya untuk BULAN PILIHANRAYA sahaja iaitu dari 16 APRIL 2018 ke 8 MEI 2018. Kami mensasarkan utk mendapat sumbangan sebanyak RM3 JUTA. Segala sumbangan anda akan dibelanjakan dengan berhemah.

Sesiapa yang berkongsi butiran dengan kami akan menerima maklumat yg terkini dan teratur bagi perbelanjaan akaun tersebut. Sumbangan ini akan dibelanjakan seperti berikut:

  1. 1. 5% Perbelanjaan pentadbiran
  2. 2. 5% Saguhati kpd POLLING dan COUNTING Agent (PACA)
  3. 3. 10% Sistem perisian
  4. 4. 20% Iklan berbayar di media sosial
  5. 5. 30% Bahan dan peralatan kempen
  6. 6. 30% Operasi kempen grassroot

Terima kasih.


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
PRESIDEN PPBM

RM 10

SUMBANGAN

RM 20

SUMBANGAN

RM 50

SUMBANGAN

Shipping

    Payments

RM 100

SUMBANGAN

RM 500

SUMBANGAN

LAIN-LAIN

SUMBANGAN

Shipping

    Payments