KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Majlis Pimpinan Tertinggi MPT (MPT), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), telah bersetuju menerima peletakan jawatan YBhg Dato' Hamidah Osman sebagai NAIB PRESIDEN PPBM dan KETUA PENAJA PPBM BAHAGIAN GOPENG serta pemberhentian menjadi AHLI PPBM berkuatkuasa mulai 16 September 2017.

PPBM menghormati keputusan beliau dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan beliau terhadap PPBM selama ini.

Kami mendoakan agar YBhg Dato' Hamidah Osman akan terus maju jaya dan terus memberikan sokongan terhadap perjuangan menolak kebatilan dan menegakkan kebenaran.

*BERSATU BERAMANAH BERMARUAH*

Terima kasih.
DATUK DR SHAHRUDDIN MD SALLEH
Setiausaha Agung PPBM
16 September 2017