KENYATAAN MEDIA

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017

20 Ogos 2017

1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet negara di atas pencapaian dan prestasi mereka yang amat memberangsangkan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung sekarang ini.

2. Malaysia terus menambah koleksi pingat emas hari ini dengan kejayaan manis antaranya dari DYMM Tuanku Sultan Mizan yang menyumbang 2 emas pagi tadi, kemenangan skuad bola jaring Malaysia ke atas Singapura sekaligus menamatkan penantian 16 tahun pingat emas dan kejayaan skuad ragbi lelaki negara 7 sebelah yang merangkul pingat emas petang tadi. Tahniah saya ucapkan!

3. Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama memberikan suntikan semangat dan sokongan padu kepada atlet-atlet negara kita. Saya amat berbangga dengan pencapaian mereka dan berharap wira-wira negara kita ini akan terus bersikap positif, tabah dan berani untuk terus berjuang demi mengharumkan nama negara.

4. Kepada atlet-atlet negara, saya ucapkan selamat maju jaya dan semoga anda semua akan lebih berjaya dalam acara yang dipertandingkan.