OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam dua serangan berasingan dilakukan oleh kumpulan pemberontak di utara Burkina Faso.

Menurut pegawai keselamatan, antara mangsa yang terbunuh termasuk lapan anggota tentera.

“Sekumpulan individu bersenjata menyerang perkampungan Safi pada awal pagi kelmarin. Malah, Pasukan tentera VDP kehilangan lapan anggotanya,” kata pegawai keselamatan itu.

Sumber tempatan turut mengesahkan serangan tersebut.

Sementara itu, sumber itu memaklumkan seramai enam orang awam terbunuh dalam kejadian berasingan berhampiran Markoye.

“Kumpulan pemberontak menculik tiga orang di jalan Salmossi-Markoye yang kemudian ditemukan mati dalam semak pada Isnin lalu.

“Mereka juga merompak beberapa penduduk dan mencuri kenderaan,” kata ahli keluarga seorang mangsa.

Burkina Faso yang merupakan antara negara paling miskin di dunia berdepan dengan serangan kumpulan pemberontak yang mula menyusup dari negara jiran, Mali pada 2015.

Ribuan orang awam dan anggota pasukan keselamatan terbunuh selain kira-kira dua juta orang kehilangan tempat tinggal. – AFP

The post 14 terbunuh dalam dua serangan di Burkina Faso appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *