MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam insiden kebakaran di sebuah bar di bandar Kostroma di Rusia malam tadi.

Menurut agensi beri TASS, laporan awal menunjukkan kebakaran pada waktu tengah malam di bar popular itu mungkin tercetus selepas seorang lelaki mabuk melepaskan tembakan pistol pemetik api di lantai tarian.

Pihak berkuasa berkata, kebakaran bermula kira-kira jam 2:00 pagi waktu tempatan dan berjaya dipadamkan lima jam kemudian.

Gabenor, Sergei Sitnikov sebelum ini berkata 13 orang terbunuh, tetapi perkhidmatan kecemasan kemudian memberitahu mayat dua lagi mangsa ditemui dan kira-kira 250 orang telah dipindahkan dari bangunan itu.

Polis Russia menahan lelaki yang disyaki menyebabkan kebakaran tersebut dan suspek telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.-AFP

The post 15 terbunuh kabakaran di bar popular di Russia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *