JOHOR BAHRU: Seramai 17 mangsa banjir di daerah ini telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setelah kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat, semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor dalam satu kenyataan memberitahu, mangsa terdiri daripada tiga buah keluarga.

Menurut kenyataan tersebut, kesemua mangsa dari Kampung Paya Kenangan itu dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, kira-kira pukul 11 malam.

“Banjir kilat itu berlaku disebabkan hujan lebat yang turun melebihi dua jam bermula pukul 7 malam semalam, menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air.

“Pemantauan sehingga kini masih dilakukan antaranya melibatkan pejabat daerah, APM, bomba, polis, tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” jelas kenyataan itu.

Mengikut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa kawasan di negeri ini dijangka akan berlaku hujan beserta ribut petir khususnya di kawasan Johor timur. –UTUSAN

 

The post 17 mangsa banjir Johor dipindah ke PPS semalam appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *