MOSCOW: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan lima lagi cedera dalam kebakaran besar yang berlaku di sebuah loji penapisan minyak di timur Siberia.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran berlaku kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan) di loji penapisan minyak yang terletak di bandar Angarsk.

Gabenor wilayah Irkutsk, Igor Kobzev mengesahkan jumlah kematian dan mangsa tercedera dalam insiden itu.

Katanya, seorang daripada lima mangsa yang cedera masih menerima rawatan di hospital.

Jelas beliau sambil memetik kenyataan Kementerian Situasi Kecemasan Russia, kebakaran itu dipercayai berpunca akibat `pencemaran gas’.

Sementara itu, pihak berkuasa sudah membuka kertas siasatan berhubung insiden itu membabitkan pelanggaran peraturan keselamatan industri.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Russia berdepan beberapa siri kebakaran luar biasa yang berlaku di pusat beli belah, kilang dan kemudahan lain. – AFP

The post 2 maut, 5 cedera loji penapisan minyak di Russia terbakar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *