LONDON: Penggodam bertindak mencuri alamat emel lebih 200 juta pengguna Twitter dan menyiarkannya di forum penggodaman dalam talian, lapor penyelidik keselamatan.

Pengasas bersama firma pemantauan keselamatan siber Israel Hudson Rock, Alon Gal memaklumkan di laman LinkedIn, tindakan itu bakal menyebabkan lebih banyak penggodaman, pancingan data yang disasarkan serta pendedahan data dalam talianĀ  selain menyifatkannya sebagai salah satu kebocoran paling ketara yang pernah dilihat.

Twitter bagaimanapun tidak mengulas mengenai laporan itu, yang pertama kali disiarkan Gal di media sosial pada 24 Disember lalu malah tidak menjawab sebarang pertanyaan berkenaan isu itu sehingga kini.

Tidak dapat dipastikan tindakan yang diambil Twitter untuk menyiasat atau membetulkan isu berkenaan.

Tangkapan layar forum penggodam, menunjukkan data tersebut muncul pada Rabu lalu yang beredar dalam talian.

Tiada petunjuk mengenai identiti atau lokasi penggodam di sebalik aktiviti tersebut yang mungkin berlaku seawal tahun 2021, sebelum Elon Musk mengambil alih pemilikan syarikat itu tahun lepas.

Tuntutan tentang saiz dan skop pelanggaran pada mulanya berbeza-beza dengan akaun awal pada bulan Disember mengatakan 400 juta alamat emel dan nombor telefon telah dicuri.

Pelanggaran besar di Twitter mungkin menarik minat pengawal selia di kedua-dua belah Atlantik.

Suruhanjaya Perlindungan Data di Ireland di mana Twitter mempunyai ibu pejabat di Eropah dan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah memantau syarikat milik Elon Musk untuk mematuhi peraturan perlindungan data Eropah dan perintah persetujuan AS.-REUTERS

The post 200 alamat emel pengguna Twitter dicuri penggodam appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *