KUANTAN :  Seramai 22 penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) tersenarai dua peratus  saintis terbaik dunia bagi dua kategori pencapaian.

Daripada jumlah tersebut seramai tujuh penyelidik tersenarai bagi kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya  dan seramai 21 penyelidik UMP tersenarai dalam Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement).

Penyelidik yang tersenarai dalam kedua-dua pencapaian pula adalah Dr. Sudhakar Kumarasamy (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), Profesor Dr. Jayarama Reddy Venugopal (Fakulti Sains Dan Teknologi Industri), Profesor Dr. Jose Rajan (Fakulti Sains Dan Teknologi Industri), Profesor Dr. Rizalman Mamat (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), Profesor Ir. Ts. Dr. Kumaran A/L Kadirgama (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), dan Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli (Fakulti Komputeran) yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi).

Dalamn pada itu, Profesor Madya Ir.  Dr. Mohd Ashraf Ahmad (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) tersenarai dalam Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement).

Pengiktirafan ini merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Elsevier BV, Stanford University yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menurut Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin, pengiktirafan ini berdasarkan pangkalan data Scopus dan merangkumi aspek penilaian yang komprehensif.

Ujar beliau, pengiktirafan ini menggalakkan interaksi antara penyelidik tempatan dan antarabangsa serta industri bagi meneruskan kecemerlangan akademik selain mencipta peluang penyelidikan bagi menyelesaikan masalah sejagat.

“Ia selari dengan perancangan Pelan Strategik UMP 2021-2025 yang bakal meletakkan UMP untuk terus mencapai kegemilangan dalam akademik dan penyelidikan dengan bertemakan teknologi untuk masyarakat,” katanya.

Malahan, tumpuan turut diberikan terhadap Keunggulan TVET aras tinggi, inovasi dengan kerjasama industri, pemerkasaan teknologi berimpak tinggi, kelestarian kewangan, kecemerlangan ekosistem universiti dan keusahawanan graduan.

Dalam pada itu, bagi Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement), 21 pensyarah yang tersenarai adalah Dr. Sudhakar Kumarasamy (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), Profesor Dr. Jose Rajan (Fakulti Sains Dan Teknologi Industri), Profesor Dr. Wan Azmi Wan Hamzah (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif).

Lain-lain Profesor Dr. Rizalman Mamat (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), Profesor Dr. Jayarama Reddy Venugopal (Fakulti Sains Dan Teknologi Industri), Profesor Dato’ Ts. Dr. Zularisam Ab. Wahid (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam), Profesor Ir. Ts. Dr. Kumaran A/L Kadirgama (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), Profesor Dr. Md. Maksudur Rahman Khan (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia Dan Proses), Ts. Dr. Norazlianie Sazali (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dan Mekatronik).

Turut sama tersenarai Profesor Ts. Dr. Md. Mustafizur Rahman (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), Dr. Ahmad Shahrizan Bin Abdul Ghani (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dan Mekatronik), Profesor Madya Dr. Ramadhansyah Putra Jaya (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli (Fakulti Komputeran), Profesor Madya  Dr. Wan Sharuzi Wan Harun (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), Prof. Madya Dr. Mohd Herwan Sulaiman (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik) dan Profesor Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim (Fakulti Sains Dan Teknologi Industri).

Pensyarah lain adalah Profesor Madya Ir.  Dr. Mahendran A/L Samykano (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif), Profesor Dr. Jolius Gimbun (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia Dan Proses), Profesor Dr. Chong Kwok Feng (Fakulti Sains Dan Teknologi Industri), Ts. Dr. Ros Azlinawati Ramli (Fakulti Sains Dan Teknologi Industri) dan Dr. Izan Izwan Misnon (Fakulti Sains Dan Teknologi Industri).

Prof Dato Ts Dr Yuserrie mengucapkan tahniah buat warga UMP yang telah mencapai pelbagai kejayaan bagi meningkatkan citra universiti ke tahap pendidikan tinggi dan global.

UMP akan terus mengungguli dalam bidang penyelidikan dan inovasi pada masa akan datang dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan teknologi melalui bilangan ciptaan produk dan penghasilan penemuan atau teknologi baharu yang berimpak tinggi yang akan memberi manfaat yang besar kepada komuniti tempatan dan antarabangsa.

UMP juga baru-baru ini tersenarai di kedudukan 801-1000 dalam Times Higher Education World University Rankings (THE WUR) 2023.- UTUSAN

The post 22 penyelidik UMP tersenarai dua peratus saintis terbaik dunia kategori 2 pencapaian appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *