KUALA TERENGGANU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu melupuskan pelbagai jenis dadah seberat hampir 295 kilogram (kg) dan 6,441.72 liter bernilai RM2.2 juta yang melibatkan 4,285 kertas siasatan sejak 1997.

295kg, 6,441.72 liter pelbagai jenis dadah dilupus

Menurutnya, antara dadah paling banyak dilupuskan adalah daun ketum sebanyak 261.61kg, pil yaba (13,659 gram), ganja (9,461.53 gram), syabu (4,765.23 gram) dan air ketum (5,471.87 liter).

“Kesemua dadah yang dilupuskan itu telah menerima perintah mahkamah untuk dilupuskan dan pihak polis akan menyerahkan kepada syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. untuk tujuan tersebut secara sistematik,” katanya.

Wan Rukman berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Barang Kes Narkotik di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, seramai 1,109 individu ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 39A(1) ADB 1952 sejak 1 Januari sehingga 15 Oktober lalu

Jelas beliau, jumlah itu menunjukkan peningkatan 17 peratus atas kesalahan membekal berbanding 1,093 individu yang ditangkap dalam tempoh sama tahun lalu.

“Selain itu, kesalahan memiliki iaitu Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 ADB 1952 pula turut meningkat apabila seramai 1,920 individu berjaya ditangkap pada 2021 berbanding 2,047 individu tahun ini,” ujarnya. –UTUSAN

 

The post 295kg, 6,441.72 liter pelbagai jenis dadah dilupus appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *