KUALA LUMPUR : Seramai 30 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk menerima geran perniagaan dalam program Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO)

Menerusi program anjuran Selangor Youth Community (SAY) yang disokong oleh Yayasan Hasanah itu, ia membolehkan gerak kerja baginda di bawah inisiatif Entrepreneurship Selangor mempromosi keterangkuman dalam kepelbagaian terutamanya kepada golongan usahawan belia. 

Liga ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Hasanah melalui Hasanah Special Grant.

Antara kriteria pemilihan peserta mestilah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun, berupaya untuk hadir ke kelas secara fizikal dan secara dalam talian dan berminat untuk mempelajari aktiviti perniagaan.

Program SAY LEAD telah berjalan selama 18 bulan sejak Januari 2022. 60 peserta dipilih untuk menjalani kursus perniagaan selama 18 bulan yang merangkumi empat fasa iaitu,Unearth The Talent (4 Bulan),Commercialisation (4 Bulan), Sustainability (4 Bulan) dan Giving Back to Societies (4 Bulan).

Setiap minggu selama kursus bimbingan perniagaan dijalankan, peserta diberi tugasan dalam untuk dilaksanakan dalam perniagaan mereka sama ada secara fizikal ataupun atas talian.

Pada fasa pertama, peserta perlu hadir ke kelas secara fizikal untuk mempelajari amali bagaimana untuk menghasilkan produk/perkhidmatan seterusnya mendapatkan pembekal dan mengekalkan kualiti produk.

Memasuki fasa kedua Commercialisation, daripada 60 peserta hanya 30 peserta sahaja yang akan dipilih untuk memasuki fasa kedua. Pada fasa ini, peserta akan diberikan ilmu bagaimana hendak untuk mengkomersialkan produk yang dihasilkan sama ada secara fizikal ataupun atas talian.

Pada fasa kedua ini, SAY telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan bootcamp selama tiga hari dua malam di International Youth Centre (IYC), Cheras. 

Hasil daripada bootcamp tersebut, setiap peserta dibimbing dan ditetapkan mentor berdasarkan produk yang dihasilkan kepada tiga kumpulan iaitu F&B, Jahitan dan perniagaan atas talian.

Hasil bimbingan tersebut, setiap peserta berjaya memiliki produk sendiri berdasarkan bimbingan daripada mentor.

Dalam pada itu, fasa ini juga turut dipantau rapat oleh pihak SAY dan mentor dengan mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali pada bulan September untuk merekodkan jualan, kaedah pemasaran dan lain-lain lagi.

The post 30 usahawan OKU terima geran perniagaan SAY appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *