SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan meraikan seramai 3,096 orang graduannya dalam Majlis Konvokesyen USIM ke- 20 yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Disember depan.

Naib Canselor USIM, Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, 

“Ia melibatkan 2,619 orang graduan Ijazah Sarjana Muda dan 400 orang graduan siswazah dan 77 siswazah tahun 2020 dan 2021.

“Majlis berlangsung bermula 13 hingga 15 Disember dan dilaksanakan dalam enam sesi bertempat di Dewan Tuanku Canselor, USIM Nilai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Media-USIM di Nilai di sini hari ini.

Kata beliau ‘Graduan Cemerlang, USIM Disayang’ dipilih sebagai tema konvokesyen pada kali ini.

“Majlis konvokesyen akan dimulakan dengan Majlis Pengisytiharan Konvokesyen pada 13 Disember yang akan disempurnakan oleh Canselor USIM, Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud,” katanya.

Dalam pada itu, Sharifudin berharap majlis yang dianjurkan pihaknya hari ini bagi meraikan pengamal media  merupakan medium untuk mengeratkan hubungan di antara kedua belah pihak.

“Media merupakan rakan strategik yang penting dalam usaha untuk memposisikan USIM di mata masyarakat bagi mendukung hasrat dan agenda universiti. 

“Perkembangan dan kemajuan universiti berdasarkan pencapaian dan kebolehan tinggi oleh pelajar serta kakitangan tidak akan tercapai sekiranya tidak disebarluas kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya. –UTUSAN

The post 3,096 graduan USIM diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-20 pada Disember depan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *