PETALING JAYA: Seramai 360 penerima daripada golongan kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah daripada 24 Zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di seluruh kawasan pentadbiran MBSJ menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM 200 dan barangan keperluan asas dengan nilai keseluruhan RM72,000 menerusi Program Ziarah Kasih MBSJ 2022.

Program Ziarah Kasih MBSJ ini akan dilaksanakan secara berperingkat secara ziarah rumah ke rumah di mana sumbangan dan bantuan akan disampaikan kepada 15 orang penerima bagi setiap
Zon MPP MBSJ yang telah dipilih daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas yang tidak berkemampuan dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Program ini juga dilaksanakan bertujuan untuk menanamkan rasa prihatin dan memperkukuhkan hubungan baik sedia ada bersama masyarakat terutama golongan yang memerlukan melalui sumbangan secara terus disamping menerapkan perasaan empati terhadap golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.

Menerusi program ziarah kasih. Datuk Bandar MBSJ. Datuk Johary  Anuar bersama pengurusan kanan meluangkan masa menyantuni empat buah keluarga terpilih disekitar Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya.

Selain daripada sumbangan wang tunai, antara bantuan keperluan barangan asas yang diberikan adalah barang makanan keperluan harian seperti beras, tepung, biskut, telur, gula, garam, minyak
susu dan keperluan lain yang sesuai bagi menjamin menu harian yang sihat.

Inisiatif ini bertepatan dengan hasrat Majlis di bawah matlamat Sustainable Development Goal (SDG) iaitu SDG 1 : No Poverty, SDG 2 : Zero Hunger, SDG 3 : Good Health And Well-Being, SDG 4 : Quality Education, SDG 11 : Sustainable Cities And Communities, dan SDG : 17 Partnerships For The Goal khususnya dalam menyantuni komuniti dan mengatasi isu kemiskinan serta memastikan keamanan dan kesejahteraan sejagat disamping membantu dan meringankan beban golongan yang memerlukan dan memastikan tidak ada komuniti bandar raya yang ketinggalan dan diberikan perhatian dengan sewajarnya sekali gus menyokong aspirasi ‘Leave No One Behind’. – UTUSAN

The post 360 penerima bakal disantuni menerusi Program Ziarah Kasih MBSJ appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *