BANGKOK: Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala lebih 40 lagi cedera dalam nahas bas yang berlaku di wilayah Tak di utara Thailand.

Memetik laporan akhbar harian, Matichon, bas itu membawa pekerja asing dari Myanmar ke sebuah kilang di wilayah Songkhla.

“Ketika kejadian, bas itu merempuh penghadang jalan dan terjunam ke dalam parit tepi jalan pada malam Selasa,” jelas laporan itu.

Menurut laporan, mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke sebuah hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan.

Jelas laporan itu, pihak polis masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti punca nahas.

Sementara itu, lapor portal Thai PBS World, tiga pekerja Myanmar dan seorang pemandu bas warga Thailand antara mangsa yang maut dalam nahas itu.

Ketua polis Mae Thor, Likhitpong Srinarang berkata, pemandu bas itu mungkin tidak biasa dengan jalan dari daerah Mae Sot ke daerah Mueng.

“Ini kerana berdasarkan keterangan mangsa terselamat, pemandu itu kerap menekan brek ketika bas itu dalam perjalanan menurun bukit di daerah Mae Thor sehingga akhirnya hilang kawalan ke atas kenderaan dan merempuh penghadang jalan,” katanya. – XINHUA/AGENSI

The post 4 maut, lebih 40 cedera dalam nahas bas di utara Thailand appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *