Pada 10 Oktober 1983, Utusan Malaysia melaporkan empat menteri kabinet Korea Selatan adalah antara 15 orang yang terbunuh dalam satu letupan bom di Tugu Pahlawan ketika mereka sedang menunggu ketibaan Presiden Chun Doo-Hwan yang melawat negara Burma.

Menteri yang terbunuh ialah Menteri Luar, Lee Bum-Suk; Timbalan Perdana Menteri, Suh Suk-Joon; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Kim Dong-Whie dan Menteri Sumber Alam, Suh Seng-Chul.

Antara peristiwa lain yang menarik.

10 Oktober 1971 – Filem terbaru terbitan Merdeka Studio berjudul ‘Jangan Tinggal Daku’ karya Osman Abadi akan menjalani penggambaran tidak lama lagi dan diarah oleh P. Ramlee.
10 Oktober 1972 – Malaysia akan turut serta dalam mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Komanwel yang akan berlangsung di Ottawa, Kanada selama empat hari mulai 19 Oktober ini.
10 Oktober 1984 – Menteri Kerja Raya, Tan Sri S. Samy Vellu memuji sebuah syarikat pembinaan bumiputera yang memperkenalkan satu kaedah baru untuk memasang batang paip di bawah jalan raya tanpa ‘mengorek’ tanah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post 4 menteri Korea terbunuh dalam letupan di Burma appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *