LANGKAWI: Seramai 40 pendaki yang menaiki kawasan rekreasi Air Terjun Telaga Tujuh, di sini terperangkap dalam kejadian kepada air ekoran hujan lebat yang menyebabkan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 mengenai kejadian pada pukul 10.16 pagi ini.

“PGO mengarahkan sebuah jentera K1-31 dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), serta sebuah RRV ke lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi membuat ikatan tali bagi menyeberangi sungai bagi membolehkan anggota penyelamat bergerak ke lokasi mangsa terperangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Sehingga kini, kerja-kerja menyelamat masih giat dilakukan. –UTUSAN

The post 40 terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *