KOTA BHARU: Seramai 42 mangsa banjir di Tanah Merah dan Rantau Panjang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan cuaca belum menentu ketika ini.

Menurut aplikasi InfoBencanaBanjirJKM melaporkan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Tok Deh, Rantau Panjang menempatkan 30 mangsa manakala SK Kelewek, Tanah Merah 12 mangsa.

Setakat pukul 10 pagi tadi, paras air Sungai Golok sudah melepasi paras amaran iaitu 8.60 meter.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd. Arif Mohd. Zain berkata, setakat ini tiga kawasan kampung sudah ditenggelami iaitu Kampung Tersang, jalan Kampung Tersang dan Kampung Bendang Parol susulan limpahan air Sungai Golok.

Menurutnya, pemantauan  berterusan  di kawasan berpotensi banjir dilakukan bagi memastikan semuanya selamat.

“Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko dinasihatkan agar sentiasa bersedia untuk bertindak jika air mulai melimpah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan selepas meramalkan risiko banjir di kawasan berhampiran lembangan sungai di tiga negeri, mulai Jumaat.

Lembangan terbabit adalah di Sungai Besut dan Sungai Setiu di Terengganu, Sungai Golok di Kelantan dan Sungai Endau di Pahang.- UTUSAN

The post 42 mangsa banjir di Tanah Merah, Rantau Panjang masih di PPS appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *