KUALA LUMPUR: UMNO akan meletakkan muka-muka baharu dan muda sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri diminta untuk mengenal pasti dan mengetengahkan calon-calon tersebut khususnya membabitkan daripada sayap Pemuda dan Puteri.

Katanya, persediaan perlu dilakukan segera kerana agar UMNO dilihat bergerak ke hadapan dalam melakukan perubahan dan pembaharuan dalam gerak kerja dan tindakan.

“UMNO perlu diremajakan. Remaja dalam konteks muka-muka baharu dan idea-idea segar. UMNO mesti berupaya menawarkan harapan baharu buat rakyat,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya dan War Room enam PRN tersebut. – UTUSAN

The post 6 PRN: UMNO letak calon muka baharu dan muda appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *