KUALA LUMPUR: Selain sukar menyaingi aksi me­nyerang Malaysia sejak awal permainan, kehadiran lebih 65,000 penonton di Stadium Nasio­nal Bukit Jalil juga menyebabkan Singapura tenggelam ketika tumpas 4-1 kepada Malaysia pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF 2022 kelmarin.

Pengendali Singa, Ta­kayuki Nishigaya berkata, pemainnya telah mengeluarkan semua potensi, namun situasi amat sukar beraksi di 65,000 penyokong lawan.

Katanya, tindakan Harimau Malaya melancarkan sera­ngan sejak awal juga tidak mengizinkan mereka berada pada posisi lebih tinggi dan terpaksa bertahan.

Kata pengendali dari Jepun itu, anak-anak buahnya gagal melaksanakan misi yang direncanakan ekoran aksi agresif skuad bimbingan Kim Pan Gon.

Takayuki Nishigaya

“Sudah tentu saya kecewa tetapi pemain sudah me­nyerlahkan potensi dalam suasana sukar bermain di hadapan lebih 65,000 penyokong lawan.

“Kami berhasrat untuk berada pada posisi lebih tinggi di atas padang sewaktu babak pertama tetapi malangnya diserang bertali arus.

“Pada separuh masa ­kedua, kami berusaha mengubah corak permainan bertahan tetapi tidak mampu untuk berbuat demikian,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Singapura menutup kempen di tangga ketiga Kumpulan B di belakang Vietnam dan Malaysia.

The post 65,000 ‘ekor harimau’ tenggelamkan Singapura appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *