KOTA KINABALU: Sebanyak 6,845 keping saman dikeluarkan dan 409 kes kemalangan direkodkan sepanjang Op Selamat 19 yang dilaksanakan oleh Polis Kontinjen Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah telah melaksanakan 157 operasi dan 6,845 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh 18 hingga 24 Januari lalu.

Beliau berkata, Op Selamat dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah bermula 18 hingga 27 Januari ini.

“Bagi tempoh semingggu ini, sebanyak 409 kemalangan telah dilaporkan berbanding pada tempoh sama semasa ‘Op Selamat 17’ yang merekodkan 303 kemalangan.

“Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 106 kes iaitu 35 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, kes kemalangan maut yang direkodkan pula menunjukkan penurunan satu kes iaitu empat kemalangan maut dicatatkan pada Op Selamat 19 manakala, enam kes direkodkan semasa Op Selamat 17.

Bagi kes pecah rumah pula, sebanyak 25 kes dilaporkan dan tiada kejadian kes pecah rumah bagi tuan rumah yang telah memaklumkan kepada polis untuk pulang bercuti.

Menurut beliau, sebanyak 100 laporan atau borong balik kampung telah diserahkan oleh orang awam dan pihaknya telah melakukan sebanyak 1,189 lawatan ke kediaman tersebut.

Mengulas lanjut katanya, seramai 19 orang telah ditangkap di bawah Seksyen 45(1) APJ 1987 (mabuk), Seksyen 6(1)© Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan.

Semasa Op Selamat 19 ini dijalankan sebanyak 44 buah kenderaan pelbagai jenis telah di rampas atau disita atas pelbagai kesalahan.

Jelas beliau, adalah menjadi harapan mereka agar semua lapisan masyarakat dan pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati serta mengamalkan sikap bertolak ansur semasa memandu di jalan raya.

“Keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab kita bersama agar kita dapat mengurangkan jumlah kemalangan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina ini,” katanya. -UTUSAN

The post 6,845 saman dikeluarkan sepanjang Op Selamat 19 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *