SEOUL: Tujuh peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara baru-baru ini merupakan latihan taktikal nuklear dengan pengawasan Pemimpinnya, Kim Jong Un.

Menurut agensi berita KCNA, ujian tersebut sebagai tindak balas kepada latihan bersama negara berkenaan di bawah simulasi perang sebenar.

Pada kongres parti utama Januari tahun lalu, Jong Un menggariskan rancangan pembangunan pertahanan lima tahun, menggesa pembangunan senjata nuklear lebih kecil dan ringan untuk kegunaan lebih taktikal’.

Seoul, Tokyo dan Washington meningkatkan gabungan latihan tentera laut sejak beberapa minggu lalu, sekali gus mencetus kemarahan Pyongyang yang melihatnya sebagai latihan pencerobohan serta mewajarkan serangan peluru berpandunya sebagai tindak balas penting.

Unit tentera Korea Utara terbabit dalam ‘pengoperasian taktikal nuklear melakukan latihan ketenteraan bagi menilai keupayaan pencegahan perang dan serangan balas nuklear negara, dari 25 September hingga 9 Oktober lalu, yang menjadi amaran keras kepada musuh.

The post 7 peluru berpandu Korea Utara dipantau Jong-un appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *