KLANG: Pemilih berdaftar terdiri daripada 796 pegawai dan anggota polis di Klang Selatan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengundian awal itu dijalankan di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, bermula pukul 8 pagi tadi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati proses pengundian di lokasi itu setakat ini berjalan lancar dan terkawal.

Kelihatan calon Perikatan Nasional (PN), Dr. P. Jaya Chandran; J.R. Deepak Jaikishan (Bebas) dan Tee Hooi Ling mewakili Barisan Nasional (BN).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, sebanyak empat saluran dibuka dalam proses pengundian sehingga pukul 6 petang ini.

“Saya telah mengeluarkan arahan supaya 100 peratus anggota dan pegawai IPD ini untuk keluar mengundi.

“Seramai 46 pegawai dan anggota turut melaksanakan undi pos pada 11 November lalu,” katanya.

Perebutan kerusi Parlimen Klang itu menyaksikan pertembungan tujuh penjuru yang melibatkan lima calon parti politik dan dua Bebas.

Calon bertanding termasuk V. Ganabatirau (PH); Hedrhin Ramli (Bebas); Loo Cheng Wee (Warisan) dan S. Chandrasegar (PRM). – UTUSAN

The post 796 anggota, pegawai IPD Klang Selatan undi awal  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *