PETALING JAYA: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang antara yang dilihat memasuki kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini.

Kenderaan membawa Abdul Hadi masuk kira-kira pukul 9.50 pagi.

Selepas 15 minit, kenderaan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula memasuki kediaman calon Perdana Menteri PN itu.

Ahmad Faizal diiringi isterinya, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Penyandang Parlimen Tambun itu mencuit hati ramai apabila menunjukkan gaya Ultraman kepada pengamal media yang menunggu di kawasan berkenaan. – UTUSAN

The post Abdul Hadi, Peja ke rumah Muhyiddin appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *