MARANG : Calon Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila  di sini pada pukul 8.50 pagi.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas ditemani isterinya, Tok Puan Seri Zainab Awang Ngah dan anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil.

Beliau selesai mengundi kira-kira 10 minit kemudian.

Sebanyak tujuh saluran dibuka untuk melancarkan proses pengundian melibatkan kira-kira 4,000 pengundi berdaftar di pusat tersebut.

Abdul Hadi juga sempat beramah mesra dengan orang ramai yang berada di luar SK Rusila untuk mengundi dengan lebih 50 pengundi mula tiba dan beratur di hadapan pintu masuk seawal pukul 7.30 pagi.

Pengundi mengambil kesempatan keluar mengundi awal selepas cuaca cerah pagi ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Abdul Hadi dicabar calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman, calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Abdul Shukur dan calon Gerakan Tanah Air – Parti Pejuang Tanah Air (GTA-Pejuang), Dr. Zarawi Sulong. – UTUSAN

The post Abdul Hadi selesai mengundi di SK Rusila appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *