MILAN: Juara Eropah tujuh kali, AC Milan mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun selepas membenam RB Salzburg 4-0, awal pagi tadi.

Gergasi Serie A itu hanya memerlukan satu mata untuk membawa mereka ke peringkat 16 terakhir kali pertama sejak musim 2013-2014 selepas tersingkir pada peringkat kumpulan musim lalu.

“Malam seperti ini yang kami mahukan.

“Kami mahu membuktikan kami bertambah baik berbanding musim lalu dalam saingan Eropah.

Round of 16 complete #UCLdraw || #UCL pic.twitter.com/lOe8RlOPvT

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) November 2, 2022

“Kami amat bercita-cita, jadi tunggu apa berlaku selepas ini,” kata pengurus Milan, Stefano Pioli kepada Sky Sport.

Milan membuka jaringan di San Siro menerusi tandukan Olivier Giroud minit ke-14 dan Rade Krunic menambah gol kedua seminit selepas rehat.

Giroud menjaringkan gol keduanya pada minit ke-60 sebelum Junior Messias melengkapkan kemenangan bergaya Milan di hadapan 70,000 penonton.

Milan layak selaku naib juara Kumpulan E di belakang Chelsea yang bangkit menewaskan Dinamo Zagreb 2-1 di Stamford Bridge hasil jaringan Raheem Sterling dan Denis Zakaria.

Sementara itu, RB Leipzig turut mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati selepas menumpaskan Shakhtar 4-0 di Warsaw. – AGENSI

The post AC Milan ke peringkat kalah mati selepas sembilan tahun appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *