KUALA LUMPUR: Pertahanan muda Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar mengakui, perasaan gugup dirasai ketika ini memandangkan perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini adalah pentas sulungnya bersama skuad utama Red Giants.

Bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memiliki kualiti lebih baik, Shahrul Nazeem dan rakan sepasukan perlu lebih bersedia berdepan skuad Harimau Selatan itu.

Tegasnya, Piala Malaysia adalah antara piala terbesar di Malaysia dan untuk final buat kali pertama ini, semestinya gugup dan begitu juga untuk rakan sepasukan yang lain.

“Kami tahu kualiti pemain JDT yang bagus dan kebanyakannya adalah pemain kebangsaan tetapi  kami perlu bermain seperti biasa.

“Kami juga perlu segera menyesuaikan diri dengan perlawanan dan fokus pada setiap gerakan yang diberikan oleh JDT,” katanya semalam.

Shahrul Nazeem yang mesra dengan panggilan Afro turut bersedia menjadi sebagai ahli pasukan yang menamatkan kemarau tujuh tahun menjulang Piala Malaysia.

“Selangor FC pun sudah lama tidak menjuarai piala jadi saya rasa inilah masa terbaik untuk pemain menunjukkan bakat bagi memenangi Piala Malaysia pada tahun ini.

“Saya harap rakan sepasukan dapat memberikan yang terbaik pada aksi malam ini.

“Saya rasa kalau diberi rezeki, Insya-Allah kita boleh memenangi Piala Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

The post Afro mula rasai bahang final Piala Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *