PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sempena lawatan ke negara itu hari ini.

Lawatan itu juga melibatkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching.

Seri Paduka Bagina turut menerima menghadap menteri-menteri Singapura iaitu Menteri Ehwal Luar, Dr. Vivian Balakrishnan; Menteri Pendidikan Singapura, Chan Chun Sing; Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee dan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran.

Keberangkatan Seri Paduka  berdua ke sesi menghadap itu diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.

Sesi menghadap yang berlangsung kira-kira setengah jam itu diteruskan dengan Seri Paduka berdua berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari yang dihoskan oleh Perdana Menteri Singapura dan isteri. – UTUSAN

The post Agong lawat Singapura appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *