KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) yang menandatangani sebarang dokumen, termasuk akuan bersumpah (SD) untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang akhbar di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan itu melanggar Perlembagaan parti.

Beliau pada masa sama berkata, sehingga kini BN tidak melakukan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak termasuk Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. – UTUSAN

The post Ahli Parlimen BN tandatangani SD menamakan sesiapa jadi PM adalah tidak sah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *