PETALING JAYA: Ahli Parti Bangsa Malaysia (PBM) dilarang menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan  oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Presidennya, Larry Sng Wei Shien berkata, ketetapan baharu berkenaan bagaimanapun akan dimuktamadkan selepas pihaknya mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi parti.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pemimpin yang didapati menyertai NGO berkenaan bakal digantung dan dibatalkan keahlian.

“Saya percaya ini adalah permulaan baharu untuk PBM kerana kita memerlukan pemimpin berpengalaman, bersih dan ikhlas bagi membawa perubahan positif kepada landskap politik negara.

“Tiada ruang untuk pemimpin kontroversi dari parti lain menyertai PBM. Sesiapa yang tidak berpuas hati dialu-alukan untuk pergi,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kelmarin, PBM mengumumkan pemecatan 11 pemimpinnya termasuk bakal Presiden, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Turut dipecat ialah Haniza Talha dan Ketua Wanita, Dr. Daroyah Alwi, namun kedua-duanya kekal sebagai ahli parti.

Pada 14 Disember lalu, Zuraida yang merupakan bekas ahli Parlimen Ampang dilapor menyertai MN

Dalam pada itu, Larry berkata, PBM kekal menyokong Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. –UTUSAN

 

 

The post Ahli PBM dilarang sertai MN appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *