PASIR MAS: Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari sedia berhadapan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Husam Musa dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas itu berkata, sesiapa sahaja boleh bertanding di kawasan tersebut dan beliau mengalu-alukan kedatangan bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

“Semua ini terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan siapa yang mereka akan pilih nanti (PRU15),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media tempatan semalam melaporkan, Husam akan bertanding sebagai calon PKR di Pasir Mas selepas namanya diumumkan dalam satu majlis di Ampang, Selangor.

Selain itu, Ahmad Fadhli dijangka berdepan cabaran dari Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor yang dijangka menjadi calon Barisan Nasional (BN).

Dalam PRU14 lalu, Ahmad Fadhli yang meraih majoriti 13,075 undi menewaskan calon BN, Bebas dan PKR.

Berdasarkan itu Husam dijangka berdepan laluan sukar selepas Ahmad Fadhli mempamerkan gerak kerja cemerlang sejurus diberi mandat oleh rakyat selepas menang PRU14. – UTUSAN

The post Ahmad Fadhli sedia berdepan Husam di Pasir Mas appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *