MACHANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang, di sini hari ini.

Beliau yang merupakan calon Parlimen Machang ditemani isterinya, Wan Norizan Wan Ismail tiba di Pusat Mengundi seawal pukul 8 pagi sebelum membuang undi 15 minit kemudian.

Ahmad Jazlan berkata, perjalanan proses mengundi hari ini diharap berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang sangat baik.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah cuaca hari ini agak baik dan diharap peratus yang keluar mengundi hari ini amat tinggi.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat agar keluar melaksanakan tanggungjawab mengundi untuk negara,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ahmad Jazlan akan berdepan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada Perikatan Nasional (PN), Dr. Rosli Allani S. Abdull Khadir (Pakatan Harapan) dan Mejar (B) Muhamad Seman (Gerakan Tanah Air).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kerusi Parlimen Machang dimenangi Ahmad Jazlan dengan majoriti 2,824 undi menewaskan calon Pas, Zulkifli Mamat dan PKR, Datuk Sazmi Miah. – UTUSAN

The post Ahmad Jazlan selesai mengundi di Machang appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *