PONTIAN: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian meraih 388 undi, manakala Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam memperoleh  291 undi.

Kemenangan Ahmad menamatkan legasi  Hasni yang memegang jawatan tersebut selama 22 tahun sejak 2001.

Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian pula  dimenangi oleh Datuk Sumali Mohd. Reduan yang juga Setiausaha Kerja UMNO, manakala Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian dimenangi Jamaluddin Abd. Majid

Mohd. Sumali menewaskan pencabarnya, Mohd. Zukifli Rusad, manakala Jamaludin mengalahkan Naib Ketua Wanita Bahagian Pontian, Norzita Kahar. – UTUSAN

The post Ahmad tewaskan Hasni appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *