PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Datuk Ramesh Rao yang juga Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri.

Mendiang meninggal dunia awal pagi ini dipercayai mengalami serangan jantung.

Ahmad Zahid berkata, pegawai khasnya itu sudah menabur bakti dan jasa  kepada masyarakat serta negara semasa mahupun sebelum menjawat jawatan tersebut.

Oleh kerana itu, beliau berharap keluarga dan juga kenalan rapat mendiang sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian atas pemergian pemimpin itu.

“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan seluruh warga pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi.

“Saya amat menghargai khidmat bakti dan jasa mendiang kepada masyarakat serta negara sebelum dan semasa beliau berkhidmat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan mengenai pemergian mendiang dan ia dimaklumkan oleh seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, dipercayai beliau mengalami serangan jantung, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan penyakit yang dihadapi pemimpin itu.

The post Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga Ramesh Rao appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *