KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bersedia bertanding pada pemilihan jawatan tertinggi UMNO itu sekiranya ia dipertandingkan.

“Bersedia untuk berlawan (ready to fight),” katanya sebagai respons ketika melihat muka hadapan Utusan Malaysia, semalam.

Beliau berkata demikian dalam sesi lawatan ke Laman Media di Pusat Dagangan (WTC) di sini, hari ini.

Semalam, wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Shamsudin ketika berucap sebagai pencadang usul Ucapan Dasar Presiden UMNO mencadangkan usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan.

Ia kemudian disokong perwakilan Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil semalam berkata, keputusan sama ada ia diluluskan atau tidak akan diketahui hari ini. – UTUSAN

The post Ahmad Zahid ulangi pendirian, sedia lawan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *