MAKASSAR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis selepas mengancam untuk melepaskan anak panah terhadap penduduk di Cendrawaish di Makassar.

Aksi remaja lelaki yang didakwa baru putus cinta itu dirakam menerusi kamera litar tertutup milik sebuah premis perniagaan di lokasi kejadian.

Remaja itu dilihat mengacukan anak panah terhadap penduduk setempat sebelum cubaannya digagalkan sekumpulan penduduk yang lalu di lokasi kejadian.

Jurucakap polis, Lando KS memberitahu, remaja itu mengakui perbuatannya kerana terlalu kecewa akibat ditinggalkann kekasih.

“Suspek memberitahu dia mahu mencari lelaki yang merampas kekasihnya dan membalas dendam,” kata Lando kepada Kompas.com.

Selain itu, polis turut merampas beberapa bahan bukti termasuk anak panah dan busur.

The post Akibat putus cinta, remaja 17 tahun ancam panah penduduk kampung appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *