NEW YORK: Akses untuk ke bahagian mahkota Statue of Liberty kini dibuka semula kepada para pengunjung sejak kawasan itu ditutup pada Mac 2020 akibat pandemik Covid-19.

Beberapa bahagian Statue of Liberty kembali dibuka secara berperingkat ketika pandemik, manakala bahagian mahkota pula dilarang selama lebih dua tahun lalu.

Lapor CNN, jurucakap pengurusan monumen itu, Jerry Willis berkata, National Park Service sedang melakukan persiapan mengadakan acara pembukaan semula pada akhir Oktober ini bagi meraikan ulang tahun ke-136 monumen itu.

Katanya, antara rancangan pihaknya adalah melatih kakitangan baharu dengan protokol keselamatan khas.

“Orang ramai berasa sangat gembira dengan berita ini,” katanya.

Menurut Willis, pihaknya sering menerima permintaan orang ramai untuk akses ke bahagian mahkota Statue of Liberty.

Namun, katanya, terdapat beberapa faktor yang menghalang pembukaan akses ke bahagian monumen itu.

“Antara faktor menyebabkan penangguhan pembukaan semula seperti menarik balik sekatan pandemik bandar, negeri dan persekutuan selain mengatasi kekurangan pekerja,” katanya.

The post Akses mahkota Statue of Liberty kembali dibuka untuk pengunjung appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *