DOHA: Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata, aksi peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar adalah antara yang terbaik selepas beberapa kejutan berlaku sekali gus menunjukkan mutu permainan negara-negara kecil yang menyertainya semakin meningkat.

Bekas juara dunia seperti Argentina, Sepanyol, Jerman dan Brazil berdepan kekalahan mengejut pada peringkat kumpulan dan negara Afrika, Asia serta Amerika Utara menjadi wakil 16 terbaik disamping kuasa pasukan tradisi Amerika Selatan dan Eropah.

Infantino berkata, perlawanan juga berlangsung dalam stadium yang cantik dan berjaya menarik penonton di rangkaian televisyen sehingga mencecah dua juta tontonan.

“Suasana menarik, jaringan hebat, keterujaan yang luar biasa, kejutan, pasukan kecil menewaskan pasukan besar. Sememangnya, tiada lagi pasukan kecil dan tiada lagi pasukan besar. Jurangnya sangat sama.

“Begitu juga buat pertama kali, pasukan kebangsaan dari semua benua mara ke peringkat kalah mati. Ia untuk pertama kali dalam sejarah. Ini menunjukkan bahawa bola sepak benar-benar menjadi global,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan FIFA.

Infantino mencadangkan meningkatkan penyertaan dalam saingan Piala Dunia dari 32 pasukan ke 48 bagi edisi akan datang, yang akan diadakan di 16 bandar di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 2026.

FIFA dikritik hebat sebelum ini selepas memberikan hak tuan rumah kepada Qatar kerana dakwaan rasuah dan pencabulan hak asasi manusia.-Agensi

The post Aksi peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar paling terbaik appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *