RIYADH: Cristiano Ronaldo yang tidak menerima tawaran daripada mana-mana gergasi bola sepak Eropah memilih Arab Saudi semakin destinasi untuk tujuh tahun berikutnya.

Bintang Portugal itu ditawarkan perjanjian tujuh tahun ‘dua dalam satu’ yang amat lumayan bersama gergasi bola sepak Arab Saudi, Al Nassr.

Pertama, dia ditawarkan kontrak sebagai pemain sehingga 2025 sebelum bertindak sebagai duta kelab dan Arab Saudi, yang memasang misi menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Menurut ­akhbar Sepanyol, Marca, pemain berusia 37 tahun ‘sudah bersedia untuk terbang’ ke Arab Saudi selepas ditawarkan 200 juta euro (RM939 juta) atau semusim atau RM78 juta sebulan.

Pemenang anugerah Ballon d’Or itu diharap mampu membantu cita-cita Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Dalam laporan sama, Marca mendakwa, Arab Saudi kini hanya menunggu pemain itu menurunkan tanda tangannya.

“Perjanjian itu mungkin sudah rasmi Khamis, 22 Disember lalu sebaik sahaja Cristiano memutuskan untuk pergi ke Riyadh bagi menandatangani kontrak yang akan mengikatnya dengan Al Nassr dan Arab Saudi sehingga 2030,” lapor Marca.

Ronaldo sebelum ini menafikan akan menyertai kelab Liga Pro Saudi tersebut.

“Tidak, itu tidak benar,” kata­nya ketika Portugal menewaskan Switzerland dalam Piala Dunia 2022, baru-baru ini.

Pengurus Al Nassr, Rudi Garcia bagaimanapun mengakui, dia sentiasa mengalu-alukan peluang untuk membimbing Ronaldo.

“Saya fikir, mana-mana jurulatih sekali pun akan teruja jika dapat melatih pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo.

“Saya sentiasa percaya, menguruskan pemain hebat sepertinya adalah lebih mudah kerana mereka sangat bijak,” kata Garcia.

Ronaldo kini ­menjadi ejen bebas selepas dilepaskan oleh Manchester United bulan lalu. – AGENSI

The post Al Nassr tawar RM78 juta sebulan kepada Ronaldo appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *