PETALING JAYA: Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) telah melancarkan Allianz Legacy Plus, pelan yang direka dengan tujuan untuk memberikan warisan pelanggan kami kepada yang tersayang.

Allianz Legacy Plus ialah pelan hayat sejagat dengan bayaran terhad yang melindungi pemegang polisi sehingga umur 88 tahun. Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia semasa tempoh polisi, wang tersebut akan dibayar kepada waris terdekat dan ini akan menjadi warisan daripada pemegang polisi.

Di samping itu, sekiranya pemegang polisi hidup sehingga umur 88 tahun, dia akan menerima wang yang kemudiannya boleh juga diberikan kepada orang tersayang sebagai hadiah.

Oleh itu, pemegang polisi akan sentiasa dapat mewariskan legasi mereka kepada orang tersayang.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Charles Ong berkata, dengan Allianz Legacy Plus, legasi pelanggan akan sentiasa terjamin dan tidak terjejas oleh turun naik pasaran.

“Selepas COVID-19, kita belajar bahawa kehidupan tidak dapat diramalkan dan kita harus bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kami menyedari bahawa pelanggan mahukan lebih kepastian daripada polisi mereka sambil tidak mahu komited untuk tempoh yang lama dari segi pembayaran premium, kerana apa-apa boleh berlaku, pada bila-bila masa.

“Oleh itu, kami memperkenalkan Allianz Legacy Plus yang mempunyai tempoh komitmen premium yang singkat, membolehkan pelanggan kami memegang legasi mereka tanpa pembayaran jangka panjang. Di samping itu, terdapat pembayaran terjamin* untuk jumlah yang diinsuranskan dan perlindungan berterusan tanpa mengira keadaan pasaran,” kata Charles.

Tambahan pula, dalam memerangi inflasi, jumlah diinsuranskan pemegang polisi akan meningkat secara automatik, bermula dari Tahun Polisi 21 dan seterusnya, pada waktu yang ditetapkan.

Pada masa yang sama, bonus kesetiaan akan membolehkan kekayaan yang diinsuranskan berkembang dan bertambah sepanjang tahun, dengan 0.5% daripada nilai akaun dikreditkan ke dalam polisi setiap tahun, bermula dari Tahun Polisi 21, sehingga polisi matang.

“Produk ini juga sesuai untuk pemilik perniagaan yang ingin mencipta warisan segera untuk yang tersayang tanpa menjejaskan kecairan aliran tunai yang penting untuk perniagaan.

Dengan pelan perlindungan ini, kami menyediakan pelanggan kami peluang untuk mencipta warisan mereka sendiri,” kata Charles. – UTUSAN

The post Allianz Legacy Plus menawarkan ketenangan fikiran kepada pelanggan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *