Kuala Lumpur: Menggamatkan lagi suasana, program Awesome Raja Lawak  memperkenalkan pusingan khas Gelanggang Awesome Raja Lawak #Alumni sebagai kejutan untuk episod ketujuh yang berlangsung pada malam ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas, pusingan itu bakal menyaksikan pertembungan sengit secara ‘one-off’ di antara barisan alumni terpilih bagi merebut ganjaran RM10,000.

Barisan alumni yang bakal bersaing di pentas khas itu ialah Mamak; Abu Mamu; Ajoe Mamu; Man Pos; Caca Dboss; Wann Wala; Achok; Chot; Pak Cu; Che Mat; Faiz; Kijat; Atan; Amir; Momo; Yim dan Idlan.

“Strategi membawa masuk alumni Raja Lawak ternyata berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sehingga menyaksikan peningkatan jumlah tontonan sebanyak dua juta untuk episod minggu lalu sahaja khususnya berbanding minggu terdahulu. Ini adalah pencapaian yang amat memberangsangkan.

“Inisiatif menerbitkan episod khas ini juga adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada peminat setia yang tidak pernah jemu menghulurkan sokongan kepada Awesome TV selama ini.

“ Besar harapan kami agar taruhan minggu ini dapat mengekalkan momentum program Awesome Raja Lawak dan kami menjangkakan sambutan yang bakal diterima akan terus meningkat untuk minggu seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, penampilan istimewa alumni Raja Lawak pada episod minggu lalu banyak membantu peserta hingga tiada penyingkiran dibuat.

“Keputusan untuk membawa masuk pelawak senior kelahiran program Raja Lawak untuk mengiringi setiap persembahan ternyata berjaya memberikan saingan sengit pada minggu ini. Usaha dan keazaman peserta juga harus dipuji kerana telah menunjukkan peningkatan konsisten saban minggu sehingga berjaya membuka mata barisan juri dan para penonton.

“Dalam pada itu, tiga peserta yang mendapat kedudukan terendah iaitu Kumpulan Semmat, Azhar dan Hanif menarik nafas lega selepas pihak juri mengumumkan tiada sebarang penyingkiran sekali gus melayakkan kesemua mereka untuk mara ke pusingan seterusnya,” katanya.

Pada minggu keenam, Kumpulan Mabo berada di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82 peratus. Persembahan Mabo diiringi oleh Man Pos yang juga bekas juara Raja Lawak Musim Keenam.

Awesome Raja Lawak yang bersiaran setiap Rabu jam 9 malam di Awesome TV (Astro 123) & MyTV (112) itu dihoskan Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan Chilok itu menampilkan Atu Zero, Ajak Shiro dan Tauke selaku Mentor, manakala Khir Rahman, Saiful Apek dan Ayda Jebat selaku juri tetap.

The post Alumni Awesome Raja Lawak buat kejutan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *