LAMA tak dengar khabar mengenai penyanyi rap, Aman Ra. Tahu-tahu, awal bulan lalu dia selamat
berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Amirah Hani.

Tahniah Cik Bunga ucapkan. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Aman, pasti tahu ia
adalah perkahwinan kedua penyanyi lagu Budak Flat itu. Isteri barunya itu adalah kakak kepada cef selebriti, Anis Nabilah.

Alhamdulillah, semuanya sudah selamat dan Aman juga menemui kebahagiaan yang dicari. Dalam
menikmati kebahagiaan, ada pula berita yang sampai ke telinga Cik Bunga.

Ada yang khabarkan anak-anak Aman menanggung rindu untuk bertemu dan memeluk bapa mereka.

Khabarnya sudah lama Aman tidak jenguk anak-anak yang kini di bawah jagaan bekas isterinya. Itu
cerita yang disampaikan kepada Cik Bunga.

Tidak adil untuk Cik Bungamenuding jari menyalahkan sesiapa. Kita pun tidak tahu apa sebenarnya
berlaku. Jujurnya, Cik Bunga memang cepat tersentuh hati bab anak-anak kecil
ini.

Faham benar perasaan anak-anak yang menjadi mangsa perceraian. Tiada siapa yang mahu keluarga
berantakan, tetapi sudah tertulis jodoh tidak panjang.

Anak-anak adalah amanah Tuhan yang sangat berharga, perlu diberi perhatian dan kasih sayang
secukupnya, apatah lagi mereka sedang belajar memahami erti hidup.

Cik Bunga cuma mampu mendoakan agar anak-anak Aman dapat bertemu dan merasai kasih
sayang bapa mereka. Moga yang baik-baik sahaja buat semua pihak. Amin.

The post Aman Ra… anak-anak rindu… appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *