PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson yang disandang parti itu sebelum ini.

Aminuddin memperoleh sebanyak 42,013 undi dengan majoriti besar sebanyak 23,601 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Rafiei Mustapha dengan 18,235 undi dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk P.Kalamananthan mendapat 18,412 undi.

Manakala calon Pejuang, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri 1,084 undi dan calon bebas, Abdul Rani Kulup Abdullah 441 undi.

 

Peratusan mengundi adalah sebanyak 77.5 peratus dan kertas undi ditolak 1,089.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Port Dickson, Khairy Maamor pada pukul 2.50 pagi tadi di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Parlimen Port Dickson bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson.-UTUSAN.

The post Aminuddin berjaya pertahankan kerusi Port Dickson appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *