LOS ANGELES: Penyanyi dan penulis lirik, Lisa Marie Presley meninggal dunia semalam selepas dikejarkan ke sebuah hospital di California setelah mendapat serangan jantung.

Lisa Marie merupakan satu-satunya anak mendiang penyanyi lagenda rock n roll, Elvis Presley.

Ibunya, Priscilla Presley berkata, beliau amat bersedih dengan pemergian anak perempuannya itu.

“Dengan berat hati saya mesti berkongsi berita buruk bahawa anak perempuan saya Lisa Marie sudah pergi meninggalkan kita, kata Priscilla dalam kenyataan kepada majalah PEOPLE.-AFP

The post Anak Elvis Presley, Lisa Marie meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *