SEPANG: Rungutan orang awam berhubung ketidakselesaan di ruang menunggu perkhidmatan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini akhirnya mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Pagi ini, Loke bersama pegawai kementerian sempat meninjau ruang berkenaan.

Loke menerusi hantaran Facebook hari ini berkata, beliau mendapati ada beberapa kelemahan terutama di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki.

“Tujuan saya pagi ini melihat keadaan di hub pengangkutan awam di Level 1, KLIA2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.

“Antara masalah dikesan termasuk lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang mana ia boleh membahayakan pengguna.

“Saya difahamkan, pihak pengurusan melantik kontaktor dan kerja menaiktaraf akan dijalankan pada hujung bulan depan,” katanya.

Katanya, beliau juga mendapati, sistem pencahayaan di ruang itu juga perlu ditambah baik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang.

Loke berkata, beliau mengajak semua pemegang taruh untuk sentiasa berusaha menambah baik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang berkenaan. – UTUSAN

The post Anthony Loke tinjau ruang menunggu e-hailing KLIA2 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *