PASIR SALAK: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa parti itu sedang jauh mendahului  sokongan pengundi berbanding  parti lawan menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini.

Menurutnya, ini berdasarkan data dan kajian setempat yang dilaksanakan.

Beliau yang ditanya mengenai keyakinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) meraih majoriti mudah pada hari mengundi Sabtu ini berkata, keyakinan itu harus berdasarkan data.

“Kita yakin ini mesti berdasarkan data dan kajian daerah setempat dan kalau ikut data dan kajian, saya tak fikir mana-mana orang menafikan PH sekarang sedang jauh mendahului ketika ini ” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program sembang santai Parlimen Pasir Salak di sini hari ini.

Sementara itu ditanya mengenai peluangnya di Parlimem Tambun, Anwar berkata, beliau berusaha sedaya upaya untuk menang di parlimen itu.

“Saya percaya niat mereka untuk kuburkan saya tidak mudah sebab kubur belum disediakan,” katanya.

Anwar berdepan tiga calon lawan di Parlimen Tambun iaitu Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu;  Ketua UMNO Tambun, Aminuddin Hanafiah dan calon GTA, Abdul Rahim Tahir. – UTUSAN

 

The post Anwar dakwa PH jauh dahului sokongan pengundi berbanding parti lain appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *