AMPANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Kuala Lumpur, Selangor serta di seluruh negara untuk memberi pengajaran kepada pengkhianat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Peringatan itu ditekankan ketika beliau memberi peringatan kepada bakal-bakal calon PKR di sini malam ini.

“Sepatutnya apabila ada wakil PKR, dia tidak nampak sombong dan bongkak. Tentunya tak jadi katak bangsat yang khianat (sebab) yang angkat mereka orang susah..derma seringgit, RM10.

“Jadi menteri perumahan, (tetapi) rumah rakyat pun tak naik? Kemudian buat keputusan semata-mata pertahan kuasa dan kedudukan mereka. Mana dia sumbangan mereka untuk rakyat.

“Sebab itu saya berulang kali sebut, orang Ampang, gombak, Bandar Tun Razak,  Wilayah, Selangor dan seluruh negeri di Malaysia pertamanya ajar pengkhianat, humban mereka kali ni.

“Kedua, tunjukkan bahawa semangat dan daya juang rakyat yang akan mengatasi, Insya-Allah dengan izin Allah semangat dan daya juang kita boleh merubah peta politik,” katanya di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini. -UTUSAN

The post Anwar gesa ajar, humban pengkhianat appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *