PETALING JAYA: Sidang akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 ‘terganggu’ seketika kerana beliau perlu menjawab panggilan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Perbualan kedua-dua pemipin itu didengari semua pihak yang hadir sidang akhbar berkenaan yang diadakan di Sungai Long Club House, Kajang, Selangor.

Istiadat angkat sumpah Anwar selaku Perdana Menteri menamatkan kemelut politik yang melanda negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, menzahirkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 kepada Anwar, 75, di Istana Negara.

Turut berkenan menyaksikan istiadat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – UTUSAN

 

The post Anwar jawab panggilan Erdogan dalam sidang akhbar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *