PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi rakan lama dalam Kabinet sekitar tahun 90an, Tan Sri Rafidah Aziz di kediaman bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu semalam.

Kunjungan itu disertai isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Bersama Azizah ke rumah Tan Sri Rafidah Aziz tadi. Doakan insya-Allah Aafiyah buat beliau,” tulis Anwar dalam satu hantaran Facebook beliau malam tadi..

Perdana Menteri berkongsikan gambar bersama Rafidah dan Wan Azizah.

Anwar dan Rafidah pernah bersama dalam barisan Kabinet pimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar tahun 90-an.

Rafidah yang kini berusia 80 tahun pernah menjadi menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 20 Mei 1987 hingga 19 Mac 2008 manakala Anwar pula menyandang pelbagai jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Meskipun Rafidah sudah bersara daripada arena politik, sehingga kini beliau lantang memberikan pelbagai idea dan kritikal khususnya isu-isu semasa dan ekonomi. – UTUSAN

The post Anwar kunjungi rakan lama, Rafidah Aziz appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *