IPOH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan jumlah peratusan pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Menurutnya, peratus yang keluar mengundi setakat ini disifatkan amat baik.

“Setakat ini baik cuma saya lihat ada beberapa saluran yang terpaksa beratur panjang dan ada masalah akses internet bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tapi saya difahamkan ini sudah dibetulkan.

“Kalau ikut peratusan setakat ini baik kerana ramai bimbang cuaca hujan di sebelah petang,” katanya ketika ditemui pemberita menyantuni pengundi di SK Manjoi 2, di sini hari ini.

Anwar turun ke kawasan yang ditandinginya di Parlimen Tambun di sini selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang pagi tadi bagi meninjau proses pengundian.

Beliau mengambil masa kira-kira 15 minit menyantuni pengundi di pusat mengundi berkenaan sebelum bergerak ke lokasi seterusnya. – UTUSAN

The post Anwar puas hati peratusan keluar mengundi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *